Assalamualaikum, selamat datang ke DuniaUmmiNadia ~ Inilah Kehidupanku . Perkongsian hidup dan juga pengalaman sebagai seorang isteri & ibu juga perkongsian tips/info2 kesihatan serta produk kesihatan SHAKLEE untuk kehidupan yang lebih baik.

SID : 961849
COD : Bentong, Pahang dan kawasan sekitarnya
Pos : Ke Seluruh Malaysia & Brunei
.

Saturday 26 April 2014

Cara Kurus Dengan Berkesan Dan Selamat

Nak diet? Nak diet dengan berjaya? Anda dah bosan dengan diet flip flop anda... Kalau nak diet dengan berjaya anda kena ada ilmu... dengan ilmu diet yang anda ada ia akan memastikan anda akan diet dengan cara betul, selamat dan berkesan.

cara kurus dengan berkesan
Kurus dengan berkesan

1) CARA KIRA KALORI

Hari ini saya nak kongsikan kepada anda semua tentang kalori dan cara mengira kalori yang kita ambil setiap hari. Apakah sebenarnya kalori? Apa yang akan berlaku jikalau pengambilan kalori yang kita ambil itu berlebihan atau pun berkurang dari yang sepatutnya? Atau bolehkan kita tidak mengambil kalori?huhuhu..

Untuk menguruskan diet agar ia lebih berkesan, selamat dan efektif anda harus mengetahui keperluan kalori harian badan anda. Disini saya sediakan cara pengiraan kalori harian badan anda yang saya sedut ilmu ini dari Pakar fitness terkenal Saudara Kevin Zahri..

Untuk LELAKI : 655 + (9.6 x berat dalam KG) + (1.8xtinggi dalam CM) - (4.7xumur)
Untuk PEREMPUAN : 66 + (13.7 x berat dalam KG) + (5 xtinggi dalam CM) - (6.8 xumur)

Ok, Sekarang ini anda dah mengetahui CARA MENGIRA jumlah kalori yang diperlukan oleh badan anda. Contohya berapakah kalori yang diperlukan oleh individu LELAKI  yang mempunyai berat 75kg dan tinggi 163 cm berumur 27 tahun?

CARA KIRA : 655 + (9.6x75kg) + (1.8x165cm) - (4.7x27)
                               = 1798.9 kalori

2) CARA KURUS DENGAN KALORI DEFISIT

Nak dipendekkan cerita kalau ANDA MAHU KURUS anda perlu mengambil makanan dengan semua nilai kalorinya KURANG daripada jumlah kalori harian anda yang sepatutnya anda ambil... Contohnya kalau kalori harian ada adalah 1798.9 kalori... untuk mengurangkan berat badan sebanyak 500g seminggu anda perlu mengambil sebanyak 1298.9 kalori sehari. Ini dipanggil KALORI DEFISIT.. Pengambilan kalori yang kurang daripada jumlah kalori harian.

cara kurus dengan berkesan
Kalori defisit
Oleh itu anda mesti menyusun pengambilan kalori anda seharian untuk mengelakkan anda berasa lapar.... Saya cadangkan kepada anda supaya bahagikan masa makan kepada 6 kali sehari... SARAPAN, JAM 10 PAGI, MAKAN TENGAHHARI, MAKAN PETANG, MAKAN MALAM, DAN SUPPER. Pembahagian kepada 6 waktu pengambilan makanan sehari adalah untuk mengelakkan anda berasa lapar.. Kalau anda berasa lapar ia akan menurunkan kadar metabolisma badan anda yang akan menyebabkan pembakaran kalori dalam badan anda akan menjadi lambat..

3) CADANGAN JADUAL PENYUSUNAN KALORI HARIAN ANDA

Tetapi harus diingat pengambilan makanan 6 kali sehari MESTILAH tidak melebih jumlah kalori yang mesti anda ambil setiap hari... kalau anda tetapkan 1289.9 kalori sehari maka bahagikanlah 1289.9 itu kepada 6 waktu seperti contoh dibawah..

cara kurus dengan berkesan
Jadual penyusunan pengambilan kalori
Lagi satu harus diingat kalori yang diambil bukannya datang dari karbohidarat sahaja.. Semua jenis makanan yang kita ambil seperti protein, lemak dan karbohidrat semuanya mengandungi kalori. Kalau nak makan tanpa kalori minumlah air teh kosong jer..hehe

Untuk membantu diet anda agar berkesan dengan lebih cepat cuba dapatkan bantuan daripada produk-produk diet contohnya Set diet Shaklee (Alfalfa, Lechitin, Omega, Cinch).. (Suami nadia hilang berat badan 15kg dlm masa 2 bulan dgn bantuan set diet shaklee dan juga amalkan pengambilan kalori defisit)

Oklah... sampai disini jer dulu.. entry seterusnya saya akan kongsikan cadangan diet harian untuk anda..

~ Pengedar Shaklee Bentong dan kawasan sekitarnya ~
~ Pengeposan ke seluruh Malaysia dan Bunei ~

Puan Nadia Shazwani
ID : 961849
FB : NaDia ShazwAni
PAGE : Info Kesihatan Sekeluarga
NO.HP : 013-3934946

Tuesday 22 April 2014

Shaklee Collagen Powder

 Untuk Rasa Lebih Sihat, Kulit Lebih Muda Menawan 
Shaklee Collagen Powder adalah supplemen kolagen yang unggul, mengandungi 4,000 mg Kolagen RSS (Sisik Ikan Merah) proprietari, sejenis kolagen tulen dan bermutu tinggi yang diekstrak dari sisik Ikan Merah. Kolagen Shaklee adalah sangat rendah dalam berat molekular, sekitar 1,000 Dalton (berat molekular kolagen disukat dalam Dalton) amat mudah diserap oleh tubuh dan membantu meningkatkan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.

shaklee collagen powder
Collagen Powder Shaklee
Tujuh ramuan utama termasuk ekstrak biji Camelia japonica, kolagen ikan, ekstrak kekerang, Lactobacillus acidophilus, Vitamin C dan Vitamin B, digabungkan untuk mempertingkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luar.

sumber shaklee collagen powder
Tujuh ramuan utama

Fungsi ramuan shaklee collagen powder
Fungsi ramuan

























Manfaat Utama :

1) Semakin kita menua, tubuh kita menghasilakn semakin kurang dan semakin kurang kolagen, mengakibatkan lebih banyak kedutan dan garis halus, disamping kulit yang semakin kendur. Umur bukanlah hanya satu faktor yang menyebabkan kekurangan kolagen di dalam tubuh kita. Kerosakan kolagen juga boleh dipercepatkan dengan faktor luaran seperti matahari, radikal bebas di udara, air dan nutrisi, merokok dan lain-lain. Justeru itu, Shaklee Collagen Powder, mampu membantu kulit kita mengekalkan elastisiti semulajadi dan memperlahankan kehadiran kedut-kedut.

2) Tampak Lebih Muda
  • Kolagen juga bermanfaat dalam membantu menguatkan rambut dan merangsang pertumbuhan semula.
  • Kuku akan menjadi lebih kuat, bintik putih akan hilang dan pangkal kuku akan mengekalkan warna yang sihat.
  • Kulit akan kurang kering dan elastisiti akan bertambah baik. Kulit juga akan sembuh dengan cepat dan ini membantu mengurangkan parut.
  • Membantu menghilangkan tanda penuaan
3) Rasa Lebih Muda
  • Kolagen adalah sama penting untuk tulang seperti juga tulang perlukan kalsium. Kolagen membantu menguatkan tulang dan mengurangkan kemungkinannya menjadi rapuh.
  • Kolagen juga membantu mengurangkan kesakitan dan geseran disendi-sendi.
  • Baik untuk mata. Kornea memerlukan kolagen dan ianya membantu mengekalkan otot mata supaya tetap anjal
  • Memastikan otak sentiasa sihat. Sel glya membekalkan nutrisi kepada otak dan ini disokong oleh kolagen. Adalah penting untuk menentukan agar otak anda mendapat manfaat kolagen agar minda anda tetap berkeadaan baik semakin anda menua.
Kebaikan shaklee collagen powder
7 Kebaikan Collagen Shaklee
Terbukti berkesan
Bukti keberkesanan shaklee collagen powder
Proven Effective


Untuk pertanyaan lanjut, hubungi :

Puan Nadia Shazwani
SID : 961849
No.HP : 013-3934946
FB : NaDia ShazwAni
Page : Info Kesihatan Sekeluarga
Blog : DuniaUmmiNadia ~ Inilah Kehidupanku





Clinically tested shown that people skin appearance improve 71 % after consume it continuously for 8 weeks.

Sunday 20 April 2014

Hilang Berat Badan Sebanyak 15KG Selepas 2 Bulan

Alhamdulillah...

Tersangat happy dengan perubahan yang berlaku kepada suami Nadia... Akhirnya berjaya..
Berjaya menurunkan berat badan sebanyak 15kg hanya dalam masa 2 bulan...

Dari beratnya 90kg kini sudah mencapai 75kg...Dulu sebelum kahwin memang berat suami Nadia 75kg.. tapi lepas kawin badannya naik mendadak sehingga 90 kg.. Setelah 6 bulan semenjak Nadia mulakan bisnes Shaklee suami tertarik nak gunakan Set Lengkap Diet SHAKLEE...
Inilah caranya suami nadia kurus dengan cepat ..

cara kurus dengan cepat
Workout harian di Gym
Di samping menggunakan Set Lengkap Diet Shaklee, suami nadia juga aktif bersukan seperti berjogging, main bola sepak dan Gym... Akhirnya dalam masa 2 bulan dia berjaya menguruskan badannya..

Dalam diet perlu ada KEMAHUAN dan KEGIGIHAN.. tanpa kedua-dua elemen ini diet anda akan hanya tinggal kenangan... mesti tak akan berjaya.. Disamping itu salah satu benda yang paling penting juga dalam diet adalah ILMU tentang diet..

Ramai orang berdiet tetapi tiada ilmu.. Berdiet tanpa ilmu insyaAllah akan menuju ketidakberjayaan.. Contoh mudah.. Dalam minda kebanyakan orang, berdiet itu KELAPARAN.. itu satu konsep yang salah tentang diet.. Sebenarnya diet adalah bagaimana kita menyusun makanan yang kita makan dan juga jumlah kalori yang kita ambil..(cara kira kalori yang betul untuk kurus)

Kesimpulan tentang diet suami Nadia mudah sahaja.. Nadia rekemankan kepada sesiapa yang mahu ikuti.. Ikut sahaja SIFIR di bawah ini..

ILMU DIET + SET LENGKAP DIET SHAKLEE + DISIPLIN + WORKOUT = KEJAYAAN BADAN YANG MENAWAN..

kepada kawan-kawan.. Selamat mencuba.. 

Pesanan Penting dan Gempak.. Kepada sesiapa yang mahukan coaching diet secara percuma boleh contact suami Nadia di SINI atau mesej kami di page Info Kesihatan Sekeluarga.
Suami nadia akan ceritakan secara lengkap tentang kalori, body matabolisme, otot dan sebagainya..
~~ Satu kejayaan yang memberangsangkan apabila dapat kurus dalam tempoh masa yang singkat dengan kaedah yang selamat dan juga berkesan ~~
Ohh ya, sesiapa yang ingin dapatkan SET DIET SHAKLEE bolehlah contact nadia, pos ke seluruh Malaysia dan juga Brunei. Bagi anda yang berada di Bentong, Pahang dan kawasan sekitarnya, anda juga boleh mendapatkan set diet by hand (ready stock, terus boleh dapat) kerana nadia merupakan pengedar sah di Bentong, Pahang dan kawasan sekitarnya. Hanya perlu contact Nadia..

Hubungi :
Puan Nadia Shazwani
SID : 961849

FB : NaDia ShazwAni
PAGE : Info Kesihatan Sekeluarga
BLOG : DuniaUmmiNadia ~ Inilah Kehidupanku
NO.TELEFON (WhatsApp/Telegram/SMS) : 013-3934946

Wednesday 16 April 2014

Buat Duit Dengan Shaklee

Menjana pendapatan 4 angka dalam masa 2 bulan

Bismillah..

Alhamdullilah, syukur sangat di pertemukan dengan shaklee. Melalui shaklee la nadia dapat  buat duit, dapat jana income sendri walaupun hanya sebagai WAHM (Work At Home Mother). Dalam masa 2 bulan jer, nadia dapat  meraih 4 angka bonus (rm2k +++)..tu bonus jer  tak termasuk lagi untung runcit hasil daripada jualan. Dalam masa 2 bulan juga, nadia berjaya melayakkan diri sebagai supervisor shaklee. Dengan itu, bukan setakat dapat buat duit, banyak lagi la manfaat lain yang nadia dapat dariapada shaklee yang distributor biasa tak dapat. Nak taw camna nadia buat duit dengan SHAKLEE, teruskan membaca yer..

Macam mana buat duit dengan Shaklee???

buat duit dengan shaklee
Jom jadi sebahagian daripad kami di OMS group (Shaklee)

Pertama sekali kenalah mendaftar sebagai ahli dahulu. Ada 2 cara untuk mendaftar sebagai ahli shaklee yang sah.

1) Membayar yuran keahlian. Hanya dengan serendah RM65 untuk seumur hidup. Tambah RM10 untuk shaklee pos started kit utk semenanjung atau RM20 untuk sabah/Sarawak.

Atau

2) Keahlian percuma dengan setiap pembelian melebihi 200 point iaitu dalam lingkungan rm650 (boleh pakat-pakat dengan keluarga or kawan kumpul order dan terus beli ngan id sendiri masa nadia daftarkan). Maksud free keahlian percumaa kat sini ialah tidak perlu membayar yuran ahli sebanyak RM65. Syoknya, mendaftar dengan cara ni confirm akan dapat bonus pada tengah bulan hadapan.

Paling best, hanya sekali jer mendaftar keahlian untuk semur hidup, tak perlu nak di perbaharui setiap bulan atau setiap tahun.

Apakah keistimewaan/manfaat jika bergelar ahli???
  1. Bila daftar, kita akan dapat beli semua produk shaklee dengan harga ahli.
  2. Jika menjual, akan dapat untung runcit sebanyak 15-20 % daripada harga ahli
  3. Dapat mengumpul point sendiri. Setiap pembelian RM3.1 kita akan dpt 1 UV, UV tu akan jadi bonus kita. UV ni kita kumpul dari awal bulan sampai akhir bulan. Contohnya bulan April ni, 1 April hingga 30 April, UV kita akan dikumpulkn dan akan dapat bonus pada 15 Mei  nanti. Syarat minima untuk dapat bonus ialah 150UV. Lagi banyak UV yang kita kumpul, lagi banyaklah bonus yang akan kita dapat. Banyaknya nak kena dapatkan UV, susah??? Dulu ramai yang daftar cakap macam tu tapi bila dah tahu cara nak dapatkan UV,main-main je 150UV tu..
  4. Shaklee juga menawarkan pakej bercuti dalam negara dan luar negara serta pakej umrah 5 bintang (untuk muslim). Untuk dapatkannya, kita kena cukupkan point yang ditetapkan dalam masa setahun. Tahun ni, untuk cycle ni..pakej percutian ke Itali (Bestnyer !!!).
  5. Shaklee juga menyediakan bonus kereta. Bonus kereta ni shaklee tak bagi kereta tapi shaklee bagi duit. Minima RM300, max tiada had. Banyak yang kita usaha banyak la yang kita dapat. Duit yang kita dapat utk bonus car ikut kita la nak buat apa, nak bayar kereta atau nak beli apa-apa. 
(Kesemua tips, cara dan teknik untuk mendapatkan bonus cash, pakej percutian serta bonus kereta akan diajar bila anda sudah sah berdaftar sebagai ahli shaklee di bawah nadia.)

Kenapa perlu mendaftar dengan nadia? Apakah kelebihan mendaftar dengan nadia???
  1. Akan layak dan diberi access ke group rahsia FB dan juga WhatsApp (hanya ahli sahaja) untuk diberi bimbingan dan segala tunjuk ajar dari A-Z. Semuanya akan  dikongsi dalam group ni. Kira ni adalah support group, anda tidak akan berseorangan, akan dibimbing sehingga berjaya.
  2. Anda juga akan diajar cara marketing online (FB, Page, Blog dan lain-lain), info dan konsultansi produk. Kesemua ini akan diajar secara kelas online tanpa perlu untuk anda ke sana ke mari.
  3. Paling HOT, sudah tentu akan juga akan diajar rahsia untuk menjana pendapatn 4,5,6 angka bila berada di dalam group secret. Kelas secara online dan juga offline.
  4. Tawaran sampingan group secret, insyaAllah akan buat kita sentiasa ingin berubah jadi baik.Banyak pengisian rohani yang kita sama-sama amalkan dalam group. Kita memang kejar dunia tapi akhirat tetap dihadapan (Jutawan Dunia Akhirat).

*** Apa lagi, jom mendaftar sebagai ahli shaklee dengan nadia

buat duit dengan shaklee
Buat duit dengan mendaftar sebagai ahli shaklee
*** Perlu diingatkan, jangan tersalah memilih untuk berdaftar. Ini kerana ramai kawan-kawan nadia yang hanya main daftar jer disebabkan hanya nakkan harga ahli, tetapi tidak tahu apa-apa mengenai shaklee. Terkapai-kapai keseorangan. Kesiankan? Lagi-lagi buat mereka yang betul-betul ingin berbisnes. Carilah orang yang boleh membimbing anda dengan betul..
*** Orang-orang Bentong, Pahang dan kawasan sekitarnya bolehlah mendaftar sebagai ahli dan mendapatkan produk shaklee daripada nadia. Ini kerana nadia merupakan pengedar sah shaklee di Bentong. Lagi mudah untuk anda untuk mendapatkan stok dengan segera (ready stok at my home), nadia akan COD atau anda boleh datang sendiri ke rumah nadia.

Bestnya dapat bantu orang lain sihat dengan vitamin semulajadi. Kesian tengok keadaan sekarang, macam-macam penyakit. Shaklee ni vitamin semulajadi, selamat dan berkesan. Ini yang shaklee jamin kerana setiap produk mempunyai ujian klinikal dan halal bukan semata-mata testimoni. Jom kita bantu diri sendiri dan orang lain untuk hidup dengan lebih sihat, caranya hanya berdaftar sebagai ahli shaklee yang sah dan sebarkan serta kongsikan kebaikannya dengan orang lain =)

BERMINAT nak JADI AHLI? nak BUAT DUIT dengan SHAKLEE?? Nak bertanya???

Hubungi :
Puan Nadia Shazwani
SID (961849)
WhatsApp/Telegram/SMS : 013-3934946

Monday 14 April 2014

Nutriwhite Shaklee

Assalam semua,

Entry kali ni nak cerita mengenai produk penjagaan wajah. Dulu-dulu masa di alam remaja memang nadia ni jenis tak ambil berat pasal penjagaan muka dari luaran ni. Main beli jer apa-apa yang terlintas di mata setiap kali gi shopping. Setiap kali habis, nak tukar yang baru mesti tak pernah tetap brand, semua rasa nak try sebab tak pernah lagi jumpa yang sesuai dengan kulit wajah. Lepas kahwin semuanya dah berubah, rasa nak berdandan menghias diri untuk suami tu makin menjadi-jadi. Sebab nakkan yang terbaik, nadia selalu minta pak cik ‘Google’ tolong carikan..akhirnya ketemu juga dengan produk terbest dan terbaik buat nadia iaitu 
“SET NUTRIWHITE SHAKLEE”. 

Nutriwhite Shaklee
Set NUTRIWHITE SHAKLEE

Set NUTRIWHITE SHAKLEE terdiri daripada :

  1. NutriWhite Action Makeup Remover (Membersih)
  2. NutriWhite Gentle Deep Foaming Cleanser  (Membersih)
  3. NutriWhite Soothing Radiance Whitening Softener (Memperbaharui)
  4. NutriWhite Daily Defense Whitening Essence (Mencerahkan)
  5. NutriWhite Spot Whitening Treatment (Merawat)
  6. NutriWhite Daytime Whitening Lotion (Mencegah)
  7. NutriWhite Overnight Renewal Whitening Cream (Menganjalkan)
Jom selidik pasal NUTRIWHITE nie, apalah yang best sangat pasal NUTRIWHITE ni kan??

1) Dibangunkan oleh saintis dan pakar-pakar penjagaan kulit di Jepun dan Amerika Syarikat.
2) 3 tahun pembangunan produk.
3) Pemilihan bahan aktif dan mentah. Diperoleh di 16 buah negara.
4) Ujian Yang menyeluruh.

Nutriwhite Shaklee
Sains disebalik Nutriwhite
5) Unik, pengwujudan ekslusif pebagai dimensi pendekatan untuk pemutihan.
6) Ramuan gabungan yang optimum.

Nutriwhite Shaklee
Ramuan gabungan botanical
7) Selamat dan berkesan.

Nutriwhite - BEBAS PARABEN penyebab KANSER
8) Vitamin c derivatif (ascorbyl / glucoside ) ramuan selamat dan terbukti yang digunakan dalam formula untuk mendapatkan manfaat yang maksimum tanpa risiko kesan sekunder.
9) Patent-pending whiten-16 adalah campuran daripada 16 nutrien botani yang kuat yang membantu mengurangkan penampilan melanin yang sedia ada untuk mewujudkan kulit lebih putih, kulit lebih cerah dan bercahaya.

Nutriwhite Shaklee
Whiten 16 - 16 nutrien botani
Nadia suka sangat-sangat sebab SET PENJAGAAN WAJAH NUTRIWHITE SHAKLEE nie adalah jauh lebih murah dan jimat serta setanding dengan jenama-jenama hebat lain seperti Estee Launder dan SKII. 

Kenapa Nutriwhite lebih murah?? Sebabnya Shaklee tak buat promosi besar-besaran macam brand lain.

Kenapa Estee Launder dan SKII mahal??? Sebabnya adalah kerana kos pengiklanan.

Nutriwhite setanding dengan SK11 tapi lebih jimat kewangan, ini buktinya :

Nutriwhite Shaklee
Nutriwhite setanding dengan SKII 
dengan harga yang lebih jimat

Jadi, siapa-siapa yang nakkan kulit cantik putih berseri-seri, produk semulajadi berkualiti tinggi (tahan sehingga 6 bulan dan lebih), bolehlah hubungi Nadia yer =)

Buat anda yang berada di Bentong, lagilah jimat..tidak perlu kos postage sebabnya nadia adalah pengedar shaklee di Bentong. Pengedar sah shaklee di Bentong ,Pahang dan kawasan sekitarnya. Boleh datang ambil di rumah nadia, boleh jumpa di bandar Bentong atau nadia hantarkan ke tempat anda. Hanya perlu hubungi nadia, mudahkn?

Nutriwhite Shaklee

Kecantikan Sempurna Diperoleh Daripada Alam Semulajadi, Disempurnakan Dengan Sains 

Hubungi :
Puan Nadia Shazwani
ID : 961849
FB : NaDia ShazwAni
PAGE : Info Kesihatan Sekeluarga
BLOG : DuniaUmmiNadia ~ Inilah Kehidupanku 
NO.HP : 013-3934946

Sunday 13 April 2014

Resepi Lamb Chop

Assalam..

Alhamdullilah, syukur sangat sebab dah berjaya buat Lamb Chop sendiri, kalau sebelum ni nak makan jer kena gi kedai. Atas permintaan suami sebenarnya dan diri sendiri pun teringin nak makan western tp sebab malas punya pasal tak pernah buat, tapi bila suami minta isterinya buatkan kan..terus jer buat sebab nak jadi isteri solehah..hihi =)

Resepi lamb chop
Lamb Chop Black Pepper Sauce + Mashed Potato

Lamb Chop

Bahan-bahan :

Bahan-bahan untuk Lamb Chop
1) Daging kambing (4 keping)
2) ½ kiub ayam
3) 2 sudu besar sos tiram
4) 2 sudu besar kicap mee
5) 3 ulas bawang putih (tumbuk kasar)
6) 1 cm halia (tumbuk kasar)
7) Lada hitam, lada sulah, rosemary,tyme,oregano
8) Sedikit olive oil (minyak zaitun)

Cara-cara : 

1) Bersihkan daging kambing ( Klik Sini untuk tips hilangkan bau hamis daging - sesuai untuk wastern style) dan toskan.
2) Ketuk-ketuk sikit bahagian isi daging kambing supaya ianya tidak liat nanti. Senang untuk dimakan.
3) Lumurkan kepingan daging dengan kiub ayam (nadia guna kiub ayam KNORR yang tak der MSG). Cukup dengan ½ kiub ayam untuk 4-5 keping daging.

resepi lamb chop
Lumurkan dengan 1/2 kiub ayam
4) Diikuti dengan rosemary, tyme, oregano (rempah ratus mat salleh nie). Kemudian barulah lumurkan dengan lada hitam dan juga lada sulah. (kalau tak de rempah ratus mat salleh ni, cukuplah dengan lada hitam yang ditumbuk kasar).

Resepi Lamb Chop
Lumurkan dengan rosemary, tyme, oregano
kemudian diikuti dengan lada hitam dan lada sulah
5) Gaulkan dengan sos tiram dan juga kicap (kicap mee). Nadia guna kicap manis yang ada kat umah jer sebab nak jimat..

Resepi Lamb Chop
Gaulkan dengan sos tiram + kicap
6) Akhir sekali gaulkan daging dengan  bahan tumbuk.
7) Letak sedikit olive oil (minyak zaitun) supaya daging tak kering.
 
Resepi Lamb Chop
Dah siap, perapkan semalaman
Nota :
1) Mesti ikut turutan untuk perapan meresap dan sedap.
2) Perap paling kurang 1 jam, seelok2nya semalamam untuk rasa yang lebih ummphh..
Selepas itu barulah dibakar.

Black Pepper Sauce

Bahan-bahan :

Bahan untuk black pepper sauce
1) Sebiji bawang besar holland (dicincang halus)
2) 4 sudu besar (rata) tepung gandum
3) 1 kiub ayam
4) 2 sudu besar sos tiram
5) 2 sudu besar kicap manis (untuk gelapkan sos)
6) 4 sudu besar sos lada hitam
7) 2 sudu besar lada hitam (tumbuk kasar)
8) 3 cawan air atau lebih
9) 2 sudu besar mentega

Cara-cara :

1) Cairkan mentega ke dalam periuk, tumis bawang besar hingga layu dan berbau wangi (jangan sampai garing sebab nanti akan rasa pahit).
2) Masukkan lada hitam, tumis sekejap.
3) Masukkan tepung gandum (tak perlu bancuh dengan air), kacau terus supaya tak bergentel.
4) Masukkan air. Kacau sebati. Kemudian masukkan kiub ayam.
5) Masukkan sos lada hitam, sos tiram dan kicap.
6) Kalau pekat, tambah air.
7) Terakhir sekali, sesuaikan rasa dan juga warna.

PERHATIAN !!!
Klik Sini jika anda berminat untuk try resepi MASHED POTATO

Resepi Mashed Potato Sedap

Bismillah..

Alhamdullilah, dgn izin Allah, diberi kesempatan untuk berkongsi resepi Mashed Potato dengan kawan-kawan yang sudi melawat blog nadia =)

Resepi ni senang sangat, sedap dan ambil masa yang singkat untuk disediakan..

Bahan-bahan :
1) 3 biji kentang besar
2) 2 sudu besar mentega
3) 1/4 cawan susu segar
4) Serbuk lada hitam kasar
5) Lada Sulah
6) Sedikit garam
Resepi Mashed Potato Sedap
Bahan-bahan untuk buat mashed potato
Cara-caranya :
1) Kupas kentang dan dadu kecil (supaya cepat empuk dan senang dilenyek)

Resepi Mashed Potato Sedap
Dadu kecil-kecil supaya cepat empuk
dan senang dilenyek
2) Rebus kentang hingga empuk (masukkan 1 sudu kecil garam )
3) Toskan air dan terus lenyek
4) Masukkn susu segar (sedikit demi sedikit) dan mentega. Gaul rata.
5) Sesuaikan rasa (tambah garam jika tak cukup masin, lada hitam dan juga lada sulah)

*************************Selamat Mencuba**************************


Saturday 12 April 2014

Petua Hilangkan Bau Hamis Daging Kambing

Salam semua =)

Nadia sangat suka makan daging kambing expecially daging bakar. Ya Allah, sedap sangat sampai boleh meleleh air liur. Siapa lagi suka makan daging kambing???

Sebenarnya ramai yang suka makan daging kambing tambahan pula ianya adalah daging kegemaran Rasullulah S.AW. Cumanya satu ajelah, tidak ramai yang boleh tahan dengan bau hamis daging kambing, yang tengah berselera pun boleh terbantut nak makan bila terbau hamis ni.

Jadi, nadia nak kongsi petua hilangkan bau hamis daging kambing dengan semua pembaca blog nadia.

Cara-caranya :

1) Rendamkan daging kambing dengan tepung gandum. Tak kisah la berapa banyak pun tepung gandum tu (nadia sendiri gunakan lebih kurang 1 cawan tepung gandum untuk 5 keping daging kambing).

petua hilangkan bau hamis daging kambing
Rendamkan daging kambing dengan tepung gandum
2) Nadia gunakan daging kambing frozen, terus rendam dalam keadaan masih frozen. Rendam sehinggalah daging lembut. Untuk daging kambing segar, rendam dalam setengah ke satu jam.

3) Lepas tu, cuci bersih-bersih..hilangkan gandum yang melekat pada daging.

4) Kemudian, perahkan jus lemon ke atas kepingan daging. Biarkan lebih kurang sejam. Lagi lama lagi bagus sebenarnya, jus lemon yang meresap ke dalam daging akan terasa enak nanti. Aroma lemon dan rasa masam-masam akan menambahkan kelazatan lagi-lagi jika digunakan untuk masakan western.


petua hilangkan bau hamis daging kambing
Perahkan jus lemon ke atas kepingan daging
5) Terakhir sekali, bilas dengan cara lalukan daging bawah air paip.


                                              SELAMAT MENCUBA


Friday 11 April 2014

Rawatan Ruam & Melecet Di Leher Bayi

Assalamualaikum, 

Untuk entry kali ni nadia nak sharing sesuatu as a mother..

Baby Wafa
Alkisahnya, masa mandikan wafa, nadia perasan lehernya merah-merah mcm ruam. Nadia tetap mandikan macam biasa sebabnya wafa ok jer, dengan harapan lepas keringkan nanti dengan tuala, hilanglah merah-merah semua tu.

Malamnyer wafa menangis jer, ingatkan kembung perut, sapu minyak angin baby, tetap nangis..nadia dh mula susah hati. Ku susukan baby nak bagi diam, tertengok lehernya..

Allahurabbi, terus teringat yg pagi tadi leher wafa dah merah2..sekarang siap melecet, patutlah baby nangis, pedih rupanya. Ku tanggal baju..tidokan anak tanpa baju, hanya selimutkn bahagian dada..dongakkan leher, nak bg bawah leher tu kering.

Esoknya bangun, merah dan melecet tetap xhilang..
Pagi tu juga nadia google cara nk rawat ruam merah & melecet dekat leher baby, kaedah tradisoanal yg nadia cuba, sapukan air kunyit yg ditumbuk ke leher, tapi tetap xok.., dah la baby wafa menangis kuat menahan pedih masa sapukan air kunyit tu ke lehernya. 

Balik jer suami dari kerja, kami bawa ke klinik swasta, dptkan rawatan utk baby kecil kami. Di klinik, Dr kata xder apa2, jadi gini sebab baby byk berpeluh dan juga air liur yang sentiasa meleleh (leher lembap), biasa la baby, xreti nak menelan air liur lagi. ..selalunya baby yang tubuh 'semangat' memang cepat kena ruam dan melecet. Dr juz cuci bahagian leher dan bagi 3 jenis ubat utk d sapu..

Inilah yang 3 jenis ubat tu
                                                                                                                                           
rawatan ruam & melecet di leher bayi
Lepas sapu dengan ubat klinik
2x sehari nadia cuci n sapu ubat2 yg Dr bagi tu..
Sedih n nangis nadia , bukan makin elok tp makin menjadi2..

Dari merah melecet sikit, jadi makin teruk, siap bernanah dan berbau..

rawatan ruam & melecet di leher bayi
Seminggu lepas sapu dengan ubat klinik
Tp nadia tetap sapu walau anak menangis sakan tiap kali sapu (3x baby tahan pedih nak bg siap sapu 3 jenis ubat tu). Seminggu konsisten sapu..tapi xder hasil, so nadia dah give up..

Dah nekad, nak biar anak pulih dgn sdiri, no more ubat klinik yg confirm chemical, mungkin itu penyebab  kulit anak makin teruk..baby kn, kulitnya sgt la sensitif..

Dengan kuasa Allah, masa nak masak tengahari tu, nadia terjumpa Basic H yang dah lama disimpan dlm almari..Ya Allah, napelah boleh terlupa dengan Basic H nie..

Petang tu juga nadia mandikan baby dgn basic H..Ok jer baby wafa mandi..nadia pun senang hati..
Xder nak merengek..

Malamnya baby dah boleh tido dgn elok, leher pun nampak makin ok..Perubahan positif nadia lihat keesokakn harinya, dah kering dan dah xder berbau bernanah semua. 2 kali sehari nadia mandikan baby wafa  dengan Basic H.

rawatan ruam & melecet di leher bayi
Kalau perasan kat tepi tu dah nampak kering

Hari ke 3 lepas dimandikan dengan Basic H

Hari ke 3, fully recover..Alhamdullilah..

Berbunga2 hati seorang ibu yang sebelum ni duk menangis jer bila sapu anak dgn ubat klinik..
__________________________________________________________________

SEDIKIT INFO MENGENAI BASIC H SHAKLEE
rawatan ruam & melecet di leher bayi
Basic H SHAKLEE

  • Basic H adalah cecair serbaguna. Salah satu item yang perlu ada di rumah untuk banyak kegunaan.
  • Selamat (tidak bertoksik, tanpa gas beracun, tanpa bahan kimia berbahaya, tanpa bahan pewangi, tanpa klorin)
  • Mesra Alam (ramuan semulajadi yang diekstrak daripada jagung dan kelapa, tanpa bahan pewarna)
  • Hanya RM46, penggunaan sehinga 7-8 bulan, sangat-sangat berbaloi.
__________________________________________________________________

Ibu bapa di luar sana hadapi masalah seperti nadia?? Apalagi, cubalah bertukar kepada BASIC H..insyaAlah, selamat untuk kulit bayi dan juga berkesan.

Hanya mandikan anak, xperlu sapu bagai..ank xmenangis pedih, kita pun xtumpang menangis sama..

Untuk anda yang berada di Bentong, Pahang boleh dapatkan terus daripada Nadia. Nadia adalah pengedar SHAKLEE di Bentong, Pahang dan kawasan sekitarnya. 

Berminat, nak order, ada sebarang pertanyaan??

Hubungi :
Puan Nadia Shazwani
ID : 961849

WhatsApp/SMS : 013-3934946
FB : NaDia ShazwAni
Page : Info Kesihatan Sekeluarga
Blog : DuniaUmmiNadia ~ Inilah Kehidupanku



Thursday 10 April 2014

Pengedar SHAKLEE Di Bentong, Pahang


( PENGEDAR SAH SHAKLEE di Bentong, Pahang)

Alhamdullilah...

Syukur sangat kepada Allah atas nikmat rezeki yang mencurah-curah.Setelah hampir 9 bulan bersama SHAKLEE, kini bisnes Nadia semakin berkembang. Atas permintaan pelanggan yang makin meningkat dan juga untuk kegunaan ahli-ahli di bawah Nadia, rumah Nadia kini dah menjadi tempat simpanan stok. 

Mudah dan senang untuk anda yang berada di sekitar Bentong untuk mendapatkannya secara terus dari Nadia. Cuma hubungi Nadia, kita boleh berjumpa di bandar Bentong atau Nadia hantar terus ke rumah anda atau anda sendiri boleh datang ke rumah Nadia, senang kan? Tak perlu pos bagai yang mengambil masa berhari-hari. Hari ni order, hari ini juga terus boleh dapat, ready stok =)

Saya pasti ramai pengguna shaklee di kawasan Bentong, jadi anda hanya perlu mencari Nadia kerana Nadia adalah pengedar sah SHAKLEE di kawasan Bentong, Pahang dan kawasan sekitarnya.
COD Kawasan : Bilut, Mempaga, Lebu, Desa Damai, Kuala Repas, Sekitar Bandar Bentong, Ketari, Bernus dan Gemeti

pengedar sah shaklee bentong
Pengedar Sah SHAKLEE
Anda inginkan supplemen/vitamin semulajadi untuk kesihatan yang lebih baik, set kehamilan, set menyusu, set berpantang, set kesuburan, set kecantikan, set kurus dan apa jua? Dapatkannya di sini, Nadia akan cuba membantu. Special consultation untuk semua customer Nadia ...

pengedar set shaklee bentong, pahang
Set SHAKLEE


Hubungi nadia untuk dapatkan maklumat lanjut :

WhatsApp/SMS : 013-3934946



Alamat : Rumah Warden 2, SMK Kuala Repas, 28700 Bentong, Pahang.

Wednesday 9 April 2014

Status SHAKLEE - HALAL Ke???

Sebagai pengguna muslim, sebelum beli atau guna sesuatu, pertama sekali mesti kita nak taw status halal haram kan? Menjadi satu kewajiban untuk hanya memilih yang halal lagi2 yang akan menjadi darah daging kita.

Ramai yang tanya saya, Shaklee ni kan barangan USA, halal ke? Bagus dan syabas saya ucapkan kepada yang bertanya..ini menandakan anda pengguna yang cakna.

Jawapan saya  : Ya, HALAL, dijamin halal oleh Jabatan Kemajuan ISLAM Malaysia (JAKIM).

Produk Shaklee dijamin halal dan sijil halalnya sentiasa di update setiap tahun. Tiap2 tahun kena renew..bukan macam renew lesen taw. Semuanya di check dari  bahan sehinggalah kepada cara pengeluaran, barulah lulus.

Jom tengak sijil halal SHAKLEE :

status halal shaklee
Sijil Halal Tahun 2014
status halal shaklee
Sijil Halal Tahun 2013
Dah tengok kedua2 sijil halal shaklee? Siapa perasan perbezaan sijil halal tahun 2013 dengan tahun 2014?
Ada dua produk yang tidak tersenarai pada tahun 2013 telah tersenarai pada tahun 2014 iaitu Advanced Joint Health Tablet (AJHT) dan CoQ Health Plus (sebabnya baru keluar Mei 2013). Inilah bukti yang sijil halal shaklee sentiasa di perbaharui setiap tahun.

Dah tengok sijil halal, ada pula yang tanya..tu bukan yang JAKIM keluarkan, boleh percaya ke?

Jawapan saya : Kan SHAKLEE ni produk USA, jadinya JAKIM telah mengiktiraf badan yang tertentu di USA untuk check status halal produk SHAKLEE ni. Badan yang diiktiraf JAKIM di USA dikenali sebagai ISLAMIC SERVICES OF AMERICA (ISA). JAKIM xmampu nak kawal selia kesemua produk yang datang dari negara2 lain, itu sebabnya JAKIM mengiktiraf badan2 yang tertentu untuk menentukan kesahihan HALAL sesuatu produk. Boleh check di portal JAKIM badan2 halal dunia yg telah diiktiraf.


sijil halal shaklee
ISA Antara Badan Halal Yang Diiktiraf Oleh JAKIM
status halal shaklee
Diiktiraf Oleh JAKIM


sijil halal shaklee
Akreditasi Halal ISA Oleh JAKIM
Untuk pengetahuan semua, produk dari luar negara sangat susah untuk mendapatkan sijil halal unless pengeluar produk tersebut telah mengikut dengan betul proses dan prosedur yang telah ditetapkan.

Jadi, hilangkan was-was dan ragu2 anda, nanti boleh jadi syubhah taw..

SHAKLEE,
Sentiasa Berkesan
Sentiasa Selamat
Sentiasa Mesra Alam
Dan
Halal lagi baik & Mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan malaysia (KKM)

keistimewaan shaklee
Keistimewaan SHAKLEE

Inginkan side income dengan 4,5 dan tidak mustahil 6 angka?
Inginkan supplemen/vitamin yang terbaik untuk anda & keluarga anda?

Boleh hubungi Nadia yer =) Bagi anda yang berada di Bentong, Pahang lagi lah mudah kerana Nadia merupakan PENGEDAR SAH SHAKLEE di Bentong, Pahang dan kawasan sekitarnya.

Hubungi :
Puan Nadia Shazwani
ID : 961849
WhatsApp/SMS : 013-3934946
FB : NaDia ShazwAni
Blog : DuniaUmmiNadia ~ Inilah Kehidupanku

* Konsultansi yang terbaik untuk anda *