Assalamualaikum, selamat datang ke DuniaUmmiNadia ~ Inilah Kehidupanku . Perkongsian hidup dan juga pengalaman sebagai seorang isteri & ibu juga perkongsian tips/info2 kesihatan serta produk kesihatan SHAKLEE untuk kehidupan yang lebih baik.

SID : 961849
COD : Bentong, Pahang dan kawasan sekitarnya
Pos : Ke Seluruh Malaysia & Brunei
.

Saturday 26 April 2014

Cara Kurus Dengan Berkesan Dan Selamat

Nak diet? Nak diet dengan berjaya? Anda dah bosan dengan diet flip flop anda... Kalau nak diet dengan berjaya anda kena ada ilmu... dengan ilmu diet yang anda ada ia akan memastikan anda akan diet dengan cara betul, selamat dan berkesan.

cara kurus dengan berkesan
Kurus dengan berkesan

1) CARA KIRA KALORI

Hari ini saya nak kongsikan kepada anda semua tentang kalori dan cara mengira kalori yang kita ambil setiap hari. Apakah sebenarnya kalori? Apa yang akan berlaku jikalau pengambilan kalori yang kita ambil itu berlebihan atau pun berkurang dari yang sepatutnya? Atau bolehkan kita tidak mengambil kalori?huhuhu..

Untuk menguruskan diet agar ia lebih berkesan, selamat dan efektif anda harus mengetahui keperluan kalori harian badan anda. Disini saya sediakan cara pengiraan kalori harian badan anda yang saya sedut ilmu ini dari Pakar fitness terkenal Saudara Kevin Zahri..

Untuk LELAKI : 655 + (9.6 x berat dalam KG) + (1.8xtinggi dalam CM) - (4.7xumur)
Untuk PEREMPUAN : 66 + (13.7 x berat dalam KG) + (5 xtinggi dalam CM) - (6.8 xumur)

Ok, Sekarang ini anda dah mengetahui CARA MENGIRA jumlah kalori yang diperlukan oleh badan anda. Contohya berapakah kalori yang diperlukan oleh individu LELAKI  yang mempunyai berat 75kg dan tinggi 163 cm berumur 27 tahun?

CARA KIRA : 655 + (9.6x75kg) + (1.8x165cm) - (4.7x27)
                               = 1798.9 kalori

2) CARA KURUS DENGAN KALORI DEFISIT

Nak dipendekkan cerita kalau ANDA MAHU KURUS anda perlu mengambil makanan dengan semua nilai kalorinya KURANG daripada jumlah kalori harian anda yang sepatutnya anda ambil... Contohnya kalau kalori harian ada adalah 1798.9 kalori... untuk mengurangkan berat badan sebanyak 500g seminggu anda perlu mengambil sebanyak 1298.9 kalori sehari. Ini dipanggil KALORI DEFISIT.. Pengambilan kalori yang kurang daripada jumlah kalori harian.

cara kurus dengan berkesan
Kalori defisit
Oleh itu anda mesti menyusun pengambilan kalori anda seharian untuk mengelakkan anda berasa lapar.... Saya cadangkan kepada anda supaya bahagikan masa makan kepada 6 kali sehari... SARAPAN, JAM 10 PAGI, MAKAN TENGAHHARI, MAKAN PETANG, MAKAN MALAM, DAN SUPPER. Pembahagian kepada 6 waktu pengambilan makanan sehari adalah untuk mengelakkan anda berasa lapar.. Kalau anda berasa lapar ia akan menurunkan kadar metabolisma badan anda yang akan menyebabkan pembakaran kalori dalam badan anda akan menjadi lambat..

3) CADANGAN JADUAL PENYUSUNAN KALORI HARIAN ANDA

Tetapi harus diingat pengambilan makanan 6 kali sehari MESTILAH tidak melebih jumlah kalori yang mesti anda ambil setiap hari... kalau anda tetapkan 1289.9 kalori sehari maka bahagikanlah 1289.9 itu kepada 6 waktu seperti contoh dibawah..

cara kurus dengan berkesan
Jadual penyusunan pengambilan kalori
Lagi satu harus diingat kalori yang diambil bukannya datang dari karbohidarat sahaja.. Semua jenis makanan yang kita ambil seperti protein, lemak dan karbohidrat semuanya mengandungi kalori. Kalau nak makan tanpa kalori minumlah air teh kosong jer..hehe

Untuk membantu diet anda agar berkesan dengan lebih cepat cuba dapatkan bantuan daripada produk-produk diet contohnya Set diet Shaklee (Alfalfa, Lechitin, Omega, Cinch).. (Suami nadia hilang berat badan 15kg dlm masa 2 bulan dgn bantuan set diet shaklee dan juga amalkan pengambilan kalori defisit)

Oklah... sampai disini jer dulu.. entry seterusnya saya akan kongsikan cadangan diet harian untuk anda..

~ Pengedar Shaklee Bentong dan kawasan sekitarnya ~
~ Pengeposan ke seluruh Malaysia dan Bunei ~

Puan Nadia Shazwani
ID : 961849
FB : NaDia ShazwAni
PAGE : Info Kesihatan Sekeluarga
NO.HP : 013-3934946

No comments:

Post a Comment