Assalamualaikum, selamat datang ke DuniaUmmiNadia ~ Inilah Kehidupanku . Perkongsian hidup dan juga pengalaman sebagai seorang isteri & ibu juga perkongsian tips/info2 kesihatan serta produk kesihatan SHAKLEE untuk kehidupan yang lebih baik.

SID : 961849
COD : Bentong, Pahang dan kawasan sekitarnya
Pos : Ke Seluruh Malaysia & Brunei
.

Sunday 13 April 2014

Resepi Lamb Chop

Assalam..

Alhamdullilah, syukur sangat sebab dah berjaya buat Lamb Chop sendiri, kalau sebelum ni nak makan jer kena gi kedai. Atas permintaan suami sebenarnya dan diri sendiri pun teringin nak makan western tp sebab malas punya pasal tak pernah buat, tapi bila suami minta isterinya buatkan kan..terus jer buat sebab nak jadi isteri solehah..hihi =)

Resepi lamb chop
Lamb Chop Black Pepper Sauce + Mashed Potato

Lamb Chop

Bahan-bahan :

Bahan-bahan untuk Lamb Chop
1) Daging kambing (4 keping)
2) ½ kiub ayam
3) 2 sudu besar sos tiram
4) 2 sudu besar kicap mee
5) 3 ulas bawang putih (tumbuk kasar)
6) 1 cm halia (tumbuk kasar)
7) Lada hitam, lada sulah, rosemary,tyme,oregano
8) Sedikit olive oil (minyak zaitun)

Cara-cara : 

1) Bersihkan daging kambing ( Klik Sini untuk tips hilangkan bau hamis daging - sesuai untuk wastern style) dan toskan.
2) Ketuk-ketuk sikit bahagian isi daging kambing supaya ianya tidak liat nanti. Senang untuk dimakan.
3) Lumurkan kepingan daging dengan kiub ayam (nadia guna kiub ayam KNORR yang tak der MSG). Cukup dengan ½ kiub ayam untuk 4-5 keping daging.

resepi lamb chop
Lumurkan dengan 1/2 kiub ayam
4) Diikuti dengan rosemary, tyme, oregano (rempah ratus mat salleh nie). Kemudian barulah lumurkan dengan lada hitam dan juga lada sulah. (kalau tak de rempah ratus mat salleh ni, cukuplah dengan lada hitam yang ditumbuk kasar).

Resepi Lamb Chop
Lumurkan dengan rosemary, tyme, oregano
kemudian diikuti dengan lada hitam dan lada sulah
5) Gaulkan dengan sos tiram dan juga kicap (kicap mee). Nadia guna kicap manis yang ada kat umah jer sebab nak jimat..

Resepi Lamb Chop
Gaulkan dengan sos tiram + kicap
6) Akhir sekali gaulkan daging dengan  bahan tumbuk.
7) Letak sedikit olive oil (minyak zaitun) supaya daging tak kering.
 
Resepi Lamb Chop
Dah siap, perapkan semalaman
Nota :
1) Mesti ikut turutan untuk perapan meresap dan sedap.
2) Perap paling kurang 1 jam, seelok2nya semalamam untuk rasa yang lebih ummphh..
Selepas itu barulah dibakar.

Black Pepper Sauce

Bahan-bahan :

Bahan untuk black pepper sauce
1) Sebiji bawang besar holland (dicincang halus)
2) 4 sudu besar (rata) tepung gandum
3) 1 kiub ayam
4) 2 sudu besar sos tiram
5) 2 sudu besar kicap manis (untuk gelapkan sos)
6) 4 sudu besar sos lada hitam
7) 2 sudu besar lada hitam (tumbuk kasar)
8) 3 cawan air atau lebih
9) 2 sudu besar mentega

Cara-cara :

1) Cairkan mentega ke dalam periuk, tumis bawang besar hingga layu dan berbau wangi (jangan sampai garing sebab nanti akan rasa pahit).
2) Masukkan lada hitam, tumis sekejap.
3) Masukkan tepung gandum (tak perlu bancuh dengan air), kacau terus supaya tak bergentel.
4) Masukkan air. Kacau sebati. Kemudian masukkan kiub ayam.
5) Masukkan sos lada hitam, sos tiram dan kicap.
6) Kalau pekat, tambah air.
7) Terakhir sekali, sesuaikan rasa dan juga warna.

PERHATIAN !!!
Klik Sini jika anda berminat untuk try resepi MASHED POTATO

No comments:

Post a Comment